AKTIVITI 2
-Analisis kurikulum Sains KBSM, Apa itu KSSR dan KSSM?
Setelah dianalisa, dapat diperhatikan kurikulum Sains KBSM menepati beberapa kriteria kurikulum yang telah dibincangkan. Kurikulum Sains KBSM menepati kriteria kurikulum rasmi yang telah diperjelaskan di dalam bentuk Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP).
>SP menggariskan matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk , ringkasan kandungan penekanan dan
kandungan kurikulum secara umum.
>HSP memperincikan kehendak kurikulum sains mengikut tingkatan.
Kurikulum Sains KBSM digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu, guru perlu cekap dan menimba ilmu dari semasa ke semasa supaya dapat menangani keperluan intelek pelajar. Guru perlu menjadi ‘tukang kebun’ yang bijak dan pandai mengecam serta ‘membaja’ murid sehingga menjadi ‘pohon’ rendang yang ‘berbuah’ lebat. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah, seorang guru masih lagi terikat dengan perananya sebagai ‘murabbi’, yakni berusaha memupuk potensi baik yang terdapat dalam diri seseorang pelajar.
APA ITU KSSR???
> KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
> Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
KSSR akan digunakan di semua sekolah rendah bermula tahun 2011.
> Pengenalan KSSR ialah sebagai penambahbaikan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke 21.
> KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu
1) Modul Asas Teras
2) Modul Asas Tema
3) Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah iaitu tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
APA ITU KSSM???
> KSSM merupakan singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah
> KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2011
> Transformasi peperiksaan akan dilakukan agar tidak terlalu berorientasikan peperiksaan
> Peperiksaan awam PMR akan dibubarkan
>Mementingkan kaedah penyampaian supaya berlaku penghayatan terhadap mata pelajaran tersebut untuk
dijadikan amalan bukan untuk tujuan peperiksaan
AKTIVITI 3
-Maksud Pengetahuan
JENIS PENGETAHUAN |
DEFINISI |
Pengetahuan deklaratif | pengetahuan tentang hal-hal yang fakta dan nyata. Ia meliputi fakta-fakta dan data yang terpisah, himpunan fakta, generealisasi dan teori. pengetahuan jenis ini juga kebiasaannya diisytiharkan dalam bentuk kata atau pengetahuan konseptual.
|
Pengetahuan tatacara | pengetahuan mengenai cara membuat sesuatu atau melakukan sesuatu dan mengetahui tentang tahap yang harus dilakukan.
|
Pengetahuan struktur | merupakan asas kepada penyelesaian masalah. Pengetahuan ini diperlukan sekiranya kita membuat sesuatu perancangan dan strategi, menetapkan syarat-syaratmengikut prosedur yang ditetapkan dan menentukan apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kegagalan dalam perancangan ataupun kehilangan maklumat
|
Pengetahuan eksplisit | pengetahuan yang tersurat, tertulis atau tertuang dalam bentuk tulisan, gambar dan sebagainya. Pengetahuan eksplisit dapat dipindahkan dan disampaikan kepada orang lain.
|
Pengetahuan tacit
| pengetahuan yang masih tersimpan dalam pikiran manusia. Kebiasaannya pengetahuan jenis ini berkembang melalui pengalaman. |
AKTIVITI 4
-Contoh PCK Yang Dapat Digunakan Untuk Mengajar Topik Heredity And Variation
Kefahaman
| Guru harus meneliti keseluruhan objektif pengajaran topik Keturunan dan Variasi. Guru perlu menguasai konsep di bawah: · Pembahagian sel · Prinsip dan mekanisme pewarisan sifat · Penentuan seks dan kejadian kembar pada manusia · Mutasi · Kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia · Variasi di kalangan hidupan · Kod etika dalam penyelidikan genetik
melalui penyelidikan dan rujukan buku teks, internet, jurnal dan sebagainya. Aras perkembangan pelajar juga perlu dititiberatkan agar kaedah yang sesuai dpat digunakan oleh guru sepanjang proses P&P berlangsung. |
Transformasi
| Setelah guru menguasai isi kandungan bagi topik tersebut, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran agar sesuai dengan tahap pemikiran pelajar seperti peta konsep, perbincangan dan tayangan video tentang proses pembahagian sel. |
Instruksi
| Proses pengajaran boleh dimulakan dengan persoalan seperti “bagaimana ciri-ciri daripada ibu bapa anda diturunkan kepada anda?” atau “tahukah anda pembahagian sel berlaku di dalam badan anda pada setiap masa?”. Kemudian penjelasan secara terperinci tentang topik tersebut perlu disampaikan. |
Penilaian
| Sepanjang prose P&P berlangsung, guru boleh mengadakan sesi soal jawab agar apa yang difahami guru sampai ke minda dan motivasi pelajar. |
Refleksi
| Selepas tamat P&P, guru harus membuat penilaian terhadap objektif pengajaran sama ada tercapai atau pun tidak agar dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran pada sesi pengajaran yang seterusnya. |
Kefahaman Baru | Melalui langkah di atas, proses pengajaran akan lebih berkesan. Hal ini disebabkan guru telah mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar. |
AKTIVITI 5
-Contoh-contoh fakta, konsep, prosedur, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing.
Contoh 1 : Understanding Cell Division
Contoh 2 : Understanding The Principles And Mechanism Of Inheritance
Contoh 3 : Understanding Sex Determination
Contoh 4 : Understanding Mutation.
Contoh 5 : Variation Among Living Thing
Peta konsep
AKTIVITI 6
-Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalam topik kumpulan masing-masing.
Kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalm topic Hereditary and Variation.
>Describe the process of cell division.
>State the relationship between genes and DNA.
>State the definition of mitosis and meiosis.
> Explain how the mitosis and meiosis occur.
>Compare the process between mitosis and meiosis.
>Define what the dominant genes and recessive genes.
>Draw the stage process in cell division.
>Illustrate the mechanism of inheritance of traits using schematic diagram.
>List the variation in human.
> Draw pair of chromosome in human.
>Differentiate between chromosome mutation and gene mutation.
>Naming of each stage in the cell division.
AKTIVITI 7
-Maksud semua teras pengetahuan guru kecuali PCK (pedagogical content knowledge)
Teras Pengatahuan Guru (Shulman)
1) Pengatahuan Isi Kandungan
Pengetahuan isi kandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi:
• Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang
mendasarinya
• Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik
• Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan
• Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina suatu tuntutan (claims).
Pengetahuan isi kandungan juga distrukturkan kepada struktur substantive (cara fakta atau konsep disusun menjadi kerangka yang kemudiannya membantu penyiasatan) dan struktur sintaktik (cara bagaimana pengetahuan usulan atau pengetahuan substantive dihasilkan dan dibentuk).
2) Pengatahuan Pedagogi Am
• Kemahiran menerang
• Kemahiran menyoal
• Pengurusan bilik darjah
3) Pengatahuan Kurikulum
Guru perlu mengatahui apa yang hendak di ajar dan apa yang pelajar perlu belajar. Guru juga perlu tahu sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menepati standard kurikulum yang ditetapkan
4) Pengatahuan Tentang Pelajar dan Ciri Mereka
Pengetahuan tentang murid merangkumi pengetahuan umum tentang murid (latar belakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid), kesukaran pembelajaran (dikenalpasti dalam sesuatu topik, jika murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil inisiatif untuk memberikan lebih banyak latihan esei) dan miskonsepsi ( contoh menyuruh pelajar membuat refleksi selepas kelas) yang dihadapi oleh murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang bersesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid.
5) Pengetahuan Konteks Pendidikan
Merujuk kepada pengetahuan tentang kominiti, persekitaran, sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Contohnya dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu, guru boleh menggunakan pelbagai analogi seperti keadaan dalam sebuah kilang, keadaan keluarga dalam sebuah rumah, organisasi sekolah bagi menerangkan konsep tersebut. Ini dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan releven dengan kehidupan pelajar. Jesteru, pelajar dapat mengaplikasi apa yang mereka pelajari dalam hidupan mereka.
6) Pengetahuan Matlamat, Tujuan, Nilai dan Falsafah Pendidikan Serta Asas Sejarah
Falsafah pendidikan berhasrat bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Jadi guru bukan sahaja perlu mengajar content untuk sesuatu mata pelajaran tetapi turut menerapkan nilai-nilai yang murni bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan. Pengatahuan sejarah dapat menimbulkan semangat patriotok dan cintakan negara. Semanagat seperti ini perlulah disemai dalam kalangan murid di sekolah. Jadi guru wajib mengatahui sejarah asas supaya dapat diteladani oleh para pelajar mereka.