Berikut merupakan kronologi ringkas mengenai isu PPSMI yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara. Seperti yang dapat kita lihat isu yang terbaru adalah penangguhan pemansuhan PPSMI pada tahun 2012 kepada 2016 dan 2021.
Langkah tersebut dijalankan kerana mendapati sebahagian besar sekolah tidak menjalankan PPSMI sepenuhnya,sebaliknya menggunakan dwibahasa bagi kedua-dua pelajaran Sains dan Matematik itu. Selain itu, kajian mendapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak membantu mereka memahami konsep-konsep yang ada dalam 2 subjek terbabit.
Pada pandangan kami, pengumuman terbaru yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu adalah lebih baik berbanding pemansuhan terus PPSMI pada tahun hadapan. Ini kerana ia dapat memberi peluang kepada mereka yang sedang mengikuti sistem PPSMI untuk meneruskan pengajian sehingga tamat tingkatan 5. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah terlalu terkejut dengan pertukaran yang dilakukan secara tiba-tiba itu.
Selain itu, penangguhan ini juga dapat membantu para guru untuk lebih bersedia mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa melayu. Ini kerana kita tahu bahawa kebanyakan guru belajar menggunakan bahasa Inggeris ketika di universiti dan apa yang mereka belajar akan disampaikan kepada pelajar menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu dengan penangguhan pemansuhan PPSMI ini sekurang-kurangnya dapat memberi ruang kepada guru-guru tersebut untuk mengkaji dan membuat pelajaran semula tentang subjek tersebut dalam bahasa melayu terutama dari segi penggunaan perkataan saintifik (scientific term).
2 comments:
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut:
“ Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar. ”
Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini....renungkan, hanya sekadar perkongsian...
The Classic Iron Bank (T-Bone) - Titsanium Arts
Iron Bank. Iron Bank. Titsanium Artisan Iron Bank. Titsanium Artisan Iron Bank. Titsanium Artisan Iron Bank. Titsanium titanium muzzle brake Artisan titanium mountain bikes Iron titanium symbol Bank. citizen titanium dive watch Titsanium Artisan Iron Bank. Titsanium Artisan edc titanium
Post a Comment