AKTIVITI 2 ,3 ,4 , 5 , 6 & 7

27/09/2011

AKTIVITI 2
-Analisis kurikulum Sains KBSM, Apa itu KSSR dan KSSM?


Setelah dianalisa, dapat diperhatikan kurikulum Sains KBSM menepati beberapa kriteria kurikulum yang telah dibincangkan. Kurikulum Sains KBSM menepati kriteria kurikulum rasmi yang telah diperjelaskan di dalam bentuk Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran  (HSP).

>SP menggariskan matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk , ringkasan kandungan penekanan dan  
  kandungan kurikulum secara umum.
>HSP memperincikan kehendak kurikulum sains mengikut tingkatan.


Kurikulum Sains KBSM digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu, guru perlu cekap dan menimba ilmu dari semasa ke semasa supaya dapat menangani keperluan intelek pelajar. Guru perlu menjadi ‘tukang kebun’ yang bijak dan pandai mengecam serta ‘membaja’ murid sehingga menjadi ‘pohon’ rendang yang ‘berbuah’ lebat. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah, seorang guru masih lagi terikat dengan perananya sebagai ‘murabbi’, yakni berusaha memupuk potensi baik yang terdapat dalam diri seseorang pelajar.

APA ITU KSSR???

> KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
> Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
   KSSR akan digunakan di semua sekolah rendah bermula tahun 2011.
> Pengenalan KSSR ialah sebagai penambahbaikan  terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
  (KBSR) untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan 
   untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke 21. 
>  KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu
     1) Modul Asas Teras
     2) Modul Asas Tema
     3) Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. 

Sementara tahap dua sekolah rendah iaitu tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.




APA ITU KSSM???


>  KSSM merupakan singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah  Menengah


>  KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2011


Transformasi peperiksaan akan dilakukan agar tidak terlalu berorientasikan peperiksaan


>  Peperiksaan awam PMR akan dibubarkan


>Mementingkan kaedah penyampaian supaya berlaku penghayatan terhadap mata pelajaran tersebut untuk   
  dijadikan amalan bukan untuk tujuan peperiksaan




AKTIVITI 3
-Maksud Pengetahuan


JENIS PENGETAHUAN

DEFINISI



Pengetahuan deklaratif
pengetahuan tentang hal-hal yang fakta dan nyata.  Ia meliputi fakta-fakta dan data yang terpisah, himpunan fakta, generealisasi dan teori. pengetahuan jenis ini juga kebiasaannya diisytiharkan dalam bentuk kata atau pengetahuan konseptual.


Pengetahuan tatacara
pengetahuan mengenai cara membuat sesuatu atau melakukan sesuatu dan mengetahui tentang tahap yang harus dilakukan.



Pengetahuan struktur
merupakan asas kepada penyelesaian masalah. Pengetahuan ini diperlukan sekiranya kita membuat sesuatu perancangan dan strategi, menetapkan syarat-syaratmengikut prosedur yang ditetapkan dan menentukan apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kegagalan dalam perancangan ataupun kehilangan maklumat


Pengetahuan eksplisit
pengetahuan yang tersurat, tertulis atau tertuang dalam bentuk tulisan, gambar dan sebagainya.  Pengetahuan eksplisit dapat dipindahkan dan disampaikan kepada orang lain.


Pengetahuan tacit

pengetahuan yang masih tersimpan dalam pikiran manusia. Kebiasaannya pengetahuan jenis ini berkembang melalui pengalaman.






























AKTIVITI 4 
-Contoh PCK Yang Dapat Digunakan Untuk Mengajar Topik  Heredity And Variation



Kefahaman

Guru harus meneliti keseluruhan objektif pengajaran topik Keturunan dan Variasi.
Guru perlu menguasai konsep di bawah:
          ·         Pembahagian sel
          ·          Prinsip dan mekanisme pewarisan sifat
          ·         Penentuan seks dan kejadian kembar pada          manusia
          ·         Mutasi
          ·         Kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia
          ·         Variasi di kalangan hidupan
          ·         Kod etika dalam penyelidikan genetik

melalui penyelidikan dan rujukan buku teks, internet, jurnal dan sebagainya. Aras perkembangan pelajar juga perlu dititiberatkan agar kaedah yang sesuai dpat digunakan oleh guru sepanjang proses P&P berlangsung.
Transformasi

Setelah guru menguasai isi kandungan bagi topik tersebut, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran agar sesuai dengan tahap pemikiran pelajar seperti peta konsep, perbincangan dan tayangan video tentang proses pembahagian sel.
Instruksi

Proses pengajaran boleh dimulakan dengan persoalan seperti “bagaimana ciri-ciri daripada ibu bapa anda diturunkan kepada anda?” atau  “tahukah anda pembahagian sel berlaku di dalam badan anda pada setiap masa?”. Kemudian penjelasan secara terperinci tentang topik tersebut perlu disampaikan.
Penilaian

Sepanjang prose P&P berlangsung, guru boleh mengadakan sesi soal jawab agar apa yang difahami guru sampai ke minda dan motivasi pelajar.
Refleksi

Selepas tamat P&P, guru harus membuat penilaian terhadap objektif pengajaran sama ada tercapai atau pun tidak agar dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran pada sesi pengajaran yang seterusnya.
  Kefahaman Baru
Melalui langkah di atas, proses pengajaran akan lebih berkesan. Hal ini disebabkan guru telah mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar.



AKTIVITI 5
-Contoh-contoh fakta, konsep, prosedur, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing.



Contoh 1 : Understanding Cell Division



Contoh 2 : Understanding The Principles And Mechanism Of Inheritance



Contoh 3 : Understanding Sex Determination



Contoh 4 : Understanding Mutation.



Contoh 5 : Variation Among Living Thing



Peta konsep


AKTIVITI 6
-Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai   dalam topik kumpulan masing-masing



Kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalm topic Hereditary and Variation.

>Describe the process of cell division.
>State the relationship between genes and DNA.
>State the definition of mitosis and meiosis.
> Explain how the mitosis and meiosis occur.
>Compare the process between mitosis and meiosis.
>Define what the dominant genes and recessive genes.
>Draw the stage process in cell division. 
>Illustrate the mechanism of inheritance of traits using schematic diagram.
>List the variation in human.
> Draw pair of chromosome in human.
>Differentiate between chromosome mutation and gene mutation.
>Naming of each stage in the cell division.




AKTIVITI 7
-Maksud semua teras pengetahuan guru kecuali PCK (pedagogical content knowledge) 



Teras Pengatahuan Guru (Shulman)

1) Pengatahuan Isi Kandungan

Pengetahuan isi kandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi:

• Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang
  mendasarinya
• Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik
• Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan
• Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina suatu tuntutan (claims).

Pengetahuan isi kandungan juga distrukturkan kepada struktur substantive (cara fakta atau konsep disusun menjadi kerangka yang kemudiannya membantu penyiasatan) dan struktur sintaktik (cara bagaimana pengetahuan usulan atau pengetahuan substantive dihasilkan dan dibentuk).

2) Pengatahuan Pedagogi Am

• Kemahiran menerang
• Kemahiran menyoal
• Pengurusan bilik darjah

3) Pengatahuan Kurikulum

Guru perlu mengatahui apa yang hendak di ajar dan apa yang pelajar perlu belajar. Guru juga perlu tahu sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menepati standard kurikulum yang ditetapkan

4) Pengatahuan Tentang Pelajar dan Ciri Mereka

Pengetahuan tentang murid merangkumi pengetahuan umum tentang murid (latar belakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid), kesukaran pembelajaran (dikenalpasti dalam sesuatu topik, jika murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil inisiatif untuk memberikan lebih banyak latihan esei) dan miskonsepsi ( contoh menyuruh pelajar membuat refleksi selepas kelas) yang dihadapi oleh murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang bersesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid.

5) Pengetahuan Konteks Pendidikan

Merujuk kepada pengetahuan tentang kominiti, persekitaran, sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Contohnya dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu, guru boleh menggunakan pelbagai analogi seperti keadaan dalam sebuah kilang, keadaan keluarga dalam sebuah rumah, organisasi sekolah bagi menerangkan konsep tersebut.  Ini dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan releven dengan kehidupan pelajar. Jesteru, pelajar dapat mengaplikasi apa yang mereka pelajari dalam hidupan mereka.

6)  Pengetahuan Matlamat, Tujuan, Nilai dan Falsafah Pendidikan Serta Asas Sejarah

Falsafah pendidikan berhasrat bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Jadi guru bukan sahaja perlu mengajar content untuk sesuatu mata pelajaran tetapi turut menerapkan nilai-nilai yang murni bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan. Pengatahuan sejarah dapat menimbulkan semangat patriotok dan cintakan negara. Semanagat seperti ini perlulah disemai dalam kalangan murid di sekolah. Jadi guru wajib mengatahui sejarah asas supaya dapat diteladani oleh para pelajar mereka.  
Baca Selanjutnya...

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SAINS DI MALAYSIA

18/09/2011



CADANGAN CARA UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN




KURIKULUM SAINS YANG SEDIA ADA





Baca Selanjutnya...

Bab 1

14/09/2011

Pengenalan Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran

Definisi Frasa-Frasa Penting

Maksud Pendidikan

Usaha yang terancang untuk mewujudkan suasana pembelajaan yang aktif untuk mengembangkan potensi diri pelajar
(John  Deway Csegala, 2006 : 3)

Maksud Pengajaran

Suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Kebiasaannya, pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti bertujuan memastikan guru menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai untuk membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengatahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.


Maksud Pembelajaran

Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengatahuan dan kemahiran. Mengikut Robert M Gagne (1979) dalam 'The Condition of Learning', pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan , tidak termasuk perubahanyang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam 'Education Phchology for Teachers, pembelajaran diterangkan sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baharu. Secara tuntasnya, pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai proses yang berterusan secara formal dan tidak formal dan mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran.

Maksud Teknologi

Teknologi merupakan sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalah dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengguna. Selain itu, teknologi juga dapat diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan Sains dalam mereka cipta alat-alat Sains yang dapat meningkatkan keupayaan manusia.

Maksud Penaksiran

Merupakan prooses pengumpulan dan penafsiran maklumat bersepadu berkaitan dengan pembelajaran. Ia dapat dilaksanakan menggunakan kaedah dan instrument sementara maklumat yang diperolehi digunakan untuk tujuan formatik dan sumatif berkaitan dengan pembelajaran.

  • Penilaian formatif : pengumpulan dan analisis maklumat berkaitan dengan perkembangan serta pencapian pelajar secara berterusan dengan menggunakan pelbagai sumber dan statergi. Penilaian berlaku ketika proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan bagi tujuan menunjukkan peningkatan kefahaman serta kemahiran dalam bidang tertentu.
  • Penilaian Sumatif : analisis dan penilaian terhadap maklumat yang dikumpulkan melalui aktiviti penilaian menyeluruh di akhir sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran bagi menentukan gred dan pencapaian seseorang pelajar
Hubungan antara pendidikan, pengajaran, pembelajaran, teknologi, dan penaksiran.


Baca Selanjutnya...

MODEL PENGAJARAN MASTERI

13/09/2011

Model ini diperkenalkan oleh B.S Bloom berdasarkan prinsip semua murid boleh menguasai perkara sekiranya
  • ada masa yang mencukupi untuk mengusainya dan P&P yang berkualiti.

Pendapat mengenai Model Pengajaran Masteri

Bloom ( 1968 )

- merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.

- berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu mengusai pembelajarannya


Anderson &Block (1975)


- ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten....idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik dan membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran , memperuntukkan masa yang secukupnya untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.


RUMUSAN


Secara kesimpulannya,model pengajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit yang lain.
Baca Selanjutnya...