Pengenalan Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran
Definisi Frasa-Frasa Penting
Maksud Pendidikan
Usaha yang terancang untuk mewujudkan suasana pembelajaan yang aktif untuk mengembangkan potensi diri pelajar
(John Deway Csegala, 2006 : 3)
Maksud Pengajaran
Suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Kebiasaannya, pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti bertujuan memastikan guru menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai untuk membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengatahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Maksud Pembelajaran
Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengatahuan dan kemahiran. Mengikut Robert M Gagne (1979) dalam 'The Condition of Learning', pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan , tidak termasuk perubahanyang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam 'Education Phchology for Teachers, pembelajaran diterangkan sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baharu. Secara tuntasnya, pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai proses yang berterusan secara formal dan tidak formal dan mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran.
Maksud Teknologi
Teknologi merupakan sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalah dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengguna. Selain itu, teknologi juga dapat diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan Sains dalam mereka cipta alat-alat Sains yang dapat meningkatkan keupayaan manusia.
Maksud Penaksiran
Merupakan prooses pengumpulan dan penafsiran maklumat bersepadu berkaitan dengan pembelajaran. Ia dapat dilaksanakan menggunakan kaedah dan instrument sementara maklumat yang diperolehi digunakan untuk tujuan formatik dan sumatif berkaitan dengan pembelajaran.
- Penilaian formatif : pengumpulan dan analisis maklumat berkaitan dengan perkembangan serta pencapian pelajar secara berterusan dengan menggunakan pelbagai sumber dan statergi. Penilaian berlaku ketika proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan bagi tujuan menunjukkan peningkatan kefahaman serta kemahiran dalam bidang tertentu.
- Penilaian Sumatif : analisis dan penilaian terhadap maklumat yang dikumpulkan melalui aktiviti penilaian menyeluruh di akhir sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran bagi menentukan gred dan pencapaian seseorang pelajar
Hubungan antara pendidikan, pengajaran, pembelajaran, teknologi, dan penaksiran.
0 comments:
Post a Comment