Motto Kami

Pendidik Agen Transformasi

Ikrar Kami

Kami berjanji akan memberikan sepenuh komitmen untuk bekerja sebagai satu pasukan yang mantap

MODEL PENGAJARAN MASTERI

13/09/2011

Model ini diperkenalkan oleh B.S Bloom berdasarkan prinsip semua murid boleh menguasai perkara sekiranya
  • ada masa yang mencukupi untuk mengusainya dan P&P yang berkualiti.

Pendapat mengenai Model Pengajaran Masteri

Bloom ( 1968 )

- merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.

- berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu mengusai pembelajarannya


Anderson &Block (1975)


- ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten....idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik dan membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran , memperuntukkan masa yang secukupnya untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.


RUMUSAN


Secara kesimpulannya,model pengajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit yang lain.

1 comments:

KPD3016 - KUMPULAN 6 said...

setuju dengan pendapat yang diutarakan dalam Model Pengajaran Masteri Bloom:

'semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu mengusai pembelajarannya'.