Semua benda hidup di muka bumi ini mempunyai satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Tuhan, iaitu dapat menurunkan ciri-ciri kepada zuriatnya. Ini adalah fitrah semua hidup. Ciri –ciri seperti warna kulit, ketiggian,kumpulan darah, warna rambut dan ciri-ciri lain diperturunkan kepada anda daripada ibu bapa anda. Organisma di atas muka bumi ini menghadapi dan mengalami banyak cabaran di habitat dari segi faktor biosis dan abiosis. Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, organisma berkenaan mempunyai banyak strategi. Salah satu strategi ialah kewujudan variasi. Dengan adanya variasi di antara individu dalam spesis yang sama, maka kemandirian spesis dijamin dan pemindahan gen-gen dari induk ke zuriat dapat dilakukan.
Nilai murni: Mensyukuri dan menghargai setiap ciptaan makhluk ALLAH SWT
ÒHuraikan bagaimana guru Sains boleh menerapkan nilai murni itu semasa
mengajar Sains?
SANTAPAN ROHANI
Guru memberikan sedikit peringatan rohani kepada para pelajar.
--- Menjelaskan penciptaan manusia melalui Al –Quran
---Quran dan Sains
PROJEK INDIVIDU
1 1) Setiap pelajar di dalam kelas dikehendaki mengkaji sifat-sifat luar yang diwarisi oleh ahli keluarga
masing-masing seperti
-jenis cap ibu jari
-kebolehan menggulung lidah
-lekapan cuping telinga
-jenis rambut
- warna kulit
KEPELBAGAIAN WARNA ANAK MATA
KEPELBAGAIAN WARNA KULIT
Bandingkan hasil dapatan itu dengan pelajar-pelajar lain. Seterusnya, timbulkan persoalan seperti “bagaimana ciri-ciri daripada ibu bapa anda diturunkan kepada anda?” dan apakah kesan jika setiap ciptaan makhluk ALLAH SWT dikurniakan ciri-ciri yang sama di antara satu sama lain?
2) Kejuruteraan genetik telah membangkitkan banyak isu dari segi sosial, agama, ekonomi, negara dan
moral. Pelbagai persoalan dikemukakan.
- Mengadakan satu perbahasan tentang kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik terhadap nasib manusia masa kini dan masa akan datang.- Setiap pelajar di beri peluang untuk mengemukakan pendapat masing-masing.
PROJEK BERKUMPULAN
Para pelajar perlu berusaha untuk bekerja sebagai satu pasukan dan menerima perbezaan dari segi fizikal ataupun pendapat. Para pelajar juga dapat memahami bahawa kepelbagaian itu wujud bukan untuk membezakan seseorang dengan seseorang yang lain, tetapi untuk tujuan saling melangkapi antara satu sama lain.
--- Perbincangan
--- Problem Based Learning
TANYANGAN VIDEO
--- Kebesaran ciptaan ALLAH SWT
--- Tanda-tanda kekuasaan ALLAH SWT
----- Jagung berbuah pelik seperti padi dan gandum
----- Proses kejadian manusia
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
- Lawatan ke institusi yang menjalankan penyelidikan genetik boleh diaturkan. Antara intititut
penyelidikan ini ialah MPOB,MARDI,IMR atau RRIM.
- Lawatan ke pusat khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit Sindrom Down.
- Lawatan ke Taman Sains untuk mengenal pasti suatu jenis hidupan sama ada tumbuhan atau
haiwan yang menunjukkan variasi.
Satu laporan individu ringkas harus disediakan selepas lawatan tersebut.