Motto Kami

Pendidik Agen Transformasi

Ikrar Kami

Kami berjanji akan memberikan sepenuh komitmen untuk bekerja sebagai satu pasukan yang mantap

TEKNIK PEMIKIRAN EDWARD DE BONO

01/11/2011

pemikiran de bono
Baca Selanjutnya...

Misconception

30/10/2011

Misconceptions Full
Baca Selanjutnya...

EXAMPLE OF MISCONCEPTIONS AND ITS TRUE SCIENCE (PHYSICS)

24/10/2011

TOPIC: REFLECTION OF LIGHT




MISCONCEPTIONS
SOURCES OF MISCONCEPTION
TRUE CONCEPT
DESCRIPTION
Only bright and shiny reflect light. Dull or dark or rough surfaces do not reflect light
We would not be able to see reflected light by dull, dark or rough surface.

For example:

   -     when we in front of mirror, we can see ourselves due to reflection while when we in front of rough surface like wall we can’t see ourselves.



-   Polish up a teaspoon and you can see your face quite clearly. But if the spoon is dirty, all the bits of dirt and dust are scattering light in all directions and your face disappears.
All objects (even dull,   dark or rough ones) reflect light into our eyes so that we can see them
  •             Dull objects do reflect light, otherwise we would not be able to see them. Smooth surfaces produce regular reflection while rough surfaces produce scattered, diffused or irregular reflection.


  •      Light reflect because as the electromagnetism wavefronts hits the material the electrons within the material start to vibrate  and an accelerating charged particle gives off electromagnetism radiation by nature in all directions and these new electromagnetism waves are the ones you see.


  •       The light from a "smooth surface" is reflected at the same angle which it enters the surface on the other side. The reflection on a rough surface will reflect the light on each surface individually and the light will be diffused at all angles as it is reflected from a variety of surfaces.





Baca Selanjutnya...

PROJECT BASED LEARNING (PBL)

22/10/2011

Pbl Mutation
Baca Selanjutnya...

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

16/10/2011

Ciri-ciri PBM yang menjadikannya sebagai satu pendekatan inkuiri ialah :

     -Merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap senario masalah yang diberi.
     -Mencetuskan persoalan ( apa, kenapa, bagaimana dan dimana)
     -Merupakan satu proses yang menggalakkan pelajar mendapatkan jawapan berdasarkan masalah.
     -Melibatkan kemahiran proses sains - memerhati, membuat inferens, membuat ramalan, komunikasi antara kumpulan, menginteprasi data dan menjalankan eksperimen


Bagaimana PBM melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat ?

     ~Melatih pelajar menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik
     ~Meningkatkan dan memperbaiki kemahiran 'softskills'
     ~Mempunyai inisiatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan
     ~Pelajar akan lebih aktif dalam memproses maklumat
     ~Merangsang proses berfikir
     ~Pelajar dapat belajar dengan lebih luas dan mendalam lagi 
Baca Selanjutnya...

Aktiviti 2 (Memahami Tabii Sains)

04/10/2011

ÒPilih satu nilai murni dari satu topik sains
TOPIK: PEWARISAN DAN VARIASI


Semua benda hidup di muka bumi ini mempunyai satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Tuhan, iaitu dapat menurunkan ciri-ciri kepada zuriatnya. Ini adalah fitrah semua hidup. Ciri –ciri seperti warna kulit, ketiggian,kumpulan darah, warna rambut dan ciri-ciri lain diperturunkan kepada anda daripada ibu bapa anda. Organisma di atas muka bumi ini menghadapi dan mengalami banyak cabaran di habitat dari segi faktor biosis dan abiosis. Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, organisma berkenaan mempunyai banyak strategi. Salah satu strategi ialah kewujudan variasi. Dengan adanya variasi di antara individu dalam spesis yang sama, maka kemandirian spesis dijamin dan pemindahan gen-gen dari induk ke zuriat dapat dilakukan.

Nilai murni: Mensyukuri dan menghargai setiap ciptaan makhluk ALLAH SWT

ÒHuraikan bagaimana guru Sains boleh menerapkan nilai murni itu semasa 
   mengajar Sains?

SANTAPAN ROHANI
Guru memberikan sedikit peringatan rohani kepada para pelajar.

--- Menjelaskan penciptaan manusia melalui Al –Quran
---Quran dan Sains



PROJEK INDIVIDU

1    1)  Setiap pelajar di dalam kelas dikehendaki mengkaji sifat-sifat luar yang diwarisi oleh ahli  keluarga    
         masing-masing seperti

-jenis cap ibu jari
-kebolehan menggulung lidah
-lekapan cuping telinga
-jenis rambut
- warna kulit

                                
                                     KEPELBAGAIAN WARNA ANAK MATA



                              
                                       KEPELBAGAIAN WARNA KULIT

Bandingkan hasil dapatan itu dengan pelajar-pelajar lain. Seterusnya, timbulkan persoalan seperti “bagaimana ciri-ciri daripada ibu bapa anda diturunkan kepada anda?” dan apakah kesan jika setiap ciptaan makhluk ALLAH SWT dikurniakan ciri-ciri yang sama di antara satu sama lain?




 2) Kejuruteraan genetik telah membangkitkan banyak isu dari segi sosial, agama, ekonomi, negara dan  
     moral. Pelbagai persoalan dikemukakan.

-    Mengadakan satu perbahasan tentang kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik terhadap nasib manusia masa kini dan masa akan datang.
-      Setiap pelajar di beri peluang untuk mengemukakan pendapat masing-masing.


PROJEK BERKUMPULAN
Para pelajar perlu berusaha untuk bekerja sebagai satu pasukan dan menerima perbezaan dari segi fizikal ataupun pendapat. Para pelajar juga dapat memahami bahawa kepelbagaian itu wujud bukan untuk membezakan seseorang dengan seseorang yang lain, tetapi untuk tujuan saling melangkapi antara satu sama lain.


        --- Perbincangan
        --- Problem Based Learning


TANYANGAN VIDEO

        --- Kebesaran ciptaan ALLAH SWT
        --- Tanda-tanda kekuasaan ALLAH SWT
                -----  Jagung berbuah pelik seperti padi dan gandum
                -----  Proses kejadian manusia


LAWATAN SAMBIL BELAJAR

- Lawatan ke institusi yang menjalankan penyelidikan genetik boleh diaturkan. Antara intititut   
  penyelidikan ini ialah MPOB,MARDI,IMR atau RRIM.
- Lawatan ke pusat khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit Sindrom Down.
- Lawatan ke Taman Sains untuk mengenal pasti suatu jenis hidupan sama ada tumbuhan atau 
  haiwan yang menunjukkan variasi.                                           
 Satu laporan individu ringkas harus disediakan selepas lawatan tersebut.

Baca Selanjutnya...

AKTIVITI 2 ,3 ,4 , 5 , 6 & 7

27/09/2011

AKTIVITI 2
-Analisis kurikulum Sains KBSM, Apa itu KSSR dan KSSM?


Setelah dianalisa, dapat diperhatikan kurikulum Sains KBSM menepati beberapa kriteria kurikulum yang telah dibincangkan. Kurikulum Sains KBSM menepati kriteria kurikulum rasmi yang telah diperjelaskan di dalam bentuk Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran  (HSP).

>SP menggariskan matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk , ringkasan kandungan penekanan dan  
  kandungan kurikulum secara umum.
>HSP memperincikan kehendak kurikulum sains mengikut tingkatan.


Kurikulum Sains KBSM digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu, guru perlu cekap dan menimba ilmu dari semasa ke semasa supaya dapat menangani keperluan intelek pelajar. Guru perlu menjadi ‘tukang kebun’ yang bijak dan pandai mengecam serta ‘membaja’ murid sehingga menjadi ‘pohon’ rendang yang ‘berbuah’ lebat. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sains di bilik darjah, seorang guru masih lagi terikat dengan perananya sebagai ‘murabbi’, yakni berusaha memupuk potensi baik yang terdapat dalam diri seseorang pelajar.

APA ITU KSSR???

> KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
> Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
   KSSR akan digunakan di semua sekolah rendah bermula tahun 2011.
> Pengenalan KSSR ialah sebagai penambahbaikan  terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
  (KBSR) untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan 
   untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke 21. 
>  KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu
     1) Modul Asas Teras
     2) Modul Asas Tema
     3) Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. 

Sementara tahap dua sekolah rendah iaitu tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.




APA ITU KSSM???


>  KSSM merupakan singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah  Menengah


>  KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2011


Transformasi peperiksaan akan dilakukan agar tidak terlalu berorientasikan peperiksaan


>  Peperiksaan awam PMR akan dibubarkan


>Mementingkan kaedah penyampaian supaya berlaku penghayatan terhadap mata pelajaran tersebut untuk   
  dijadikan amalan bukan untuk tujuan peperiksaan




AKTIVITI 3
-Maksud Pengetahuan


JENIS PENGETAHUAN

DEFINISI



Pengetahuan deklaratif
pengetahuan tentang hal-hal yang fakta dan nyata.  Ia meliputi fakta-fakta dan data yang terpisah, himpunan fakta, generealisasi dan teori. pengetahuan jenis ini juga kebiasaannya diisytiharkan dalam bentuk kata atau pengetahuan konseptual.


Pengetahuan tatacara
pengetahuan mengenai cara membuat sesuatu atau melakukan sesuatu dan mengetahui tentang tahap yang harus dilakukan.



Pengetahuan struktur
merupakan asas kepada penyelesaian masalah. Pengetahuan ini diperlukan sekiranya kita membuat sesuatu perancangan dan strategi, menetapkan syarat-syaratmengikut prosedur yang ditetapkan dan menentukan apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kegagalan dalam perancangan ataupun kehilangan maklumat


Pengetahuan eksplisit
pengetahuan yang tersurat, tertulis atau tertuang dalam bentuk tulisan, gambar dan sebagainya.  Pengetahuan eksplisit dapat dipindahkan dan disampaikan kepada orang lain.


Pengetahuan tacit

pengetahuan yang masih tersimpan dalam pikiran manusia. Kebiasaannya pengetahuan jenis ini berkembang melalui pengalaman.






























AKTIVITI 4 
-Contoh PCK Yang Dapat Digunakan Untuk Mengajar Topik  Heredity And Variation



Kefahaman

Guru harus meneliti keseluruhan objektif pengajaran topik Keturunan dan Variasi.
Guru perlu menguasai konsep di bawah:
          ·         Pembahagian sel
          ·          Prinsip dan mekanisme pewarisan sifat
          ·         Penentuan seks dan kejadian kembar pada          manusia
          ·         Mutasi
          ·         Kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia
          ·         Variasi di kalangan hidupan
          ·         Kod etika dalam penyelidikan genetik

melalui penyelidikan dan rujukan buku teks, internet, jurnal dan sebagainya. Aras perkembangan pelajar juga perlu dititiberatkan agar kaedah yang sesuai dpat digunakan oleh guru sepanjang proses P&P berlangsung.
Transformasi

Setelah guru menguasai isi kandungan bagi topik tersebut, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran agar sesuai dengan tahap pemikiran pelajar seperti peta konsep, perbincangan dan tayangan video tentang proses pembahagian sel.
Instruksi

Proses pengajaran boleh dimulakan dengan persoalan seperti “bagaimana ciri-ciri daripada ibu bapa anda diturunkan kepada anda?” atau  “tahukah anda pembahagian sel berlaku di dalam badan anda pada setiap masa?”. Kemudian penjelasan secara terperinci tentang topik tersebut perlu disampaikan.
Penilaian

Sepanjang prose P&P berlangsung, guru boleh mengadakan sesi soal jawab agar apa yang difahami guru sampai ke minda dan motivasi pelajar.
Refleksi

Selepas tamat P&P, guru harus membuat penilaian terhadap objektif pengajaran sama ada tercapai atau pun tidak agar dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran pada sesi pengajaran yang seterusnya.
  Kefahaman Baru
Melalui langkah di atas, proses pengajaran akan lebih berkesan. Hal ini disebabkan guru telah mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar.



AKTIVITI 5
-Contoh-contoh fakta, konsep, prosedur, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing.



Contoh 1 : Understanding Cell Division



Contoh 2 : Understanding The Principles And Mechanism Of Inheritance



Contoh 3 : Understanding Sex Determination



Contoh 4 : Understanding Mutation.



Contoh 5 : Variation Among Living Thing



Peta konsep


AKTIVITI 6
-Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai   dalam topik kumpulan masing-masing



Kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalm topic Hereditary and Variation.

>Describe the process of cell division.
>State the relationship between genes and DNA.
>State the definition of mitosis and meiosis.
> Explain how the mitosis and meiosis occur.
>Compare the process between mitosis and meiosis.
>Define what the dominant genes and recessive genes.
>Draw the stage process in cell division. 
>Illustrate the mechanism of inheritance of traits using schematic diagram.
>List the variation in human.
> Draw pair of chromosome in human.
>Differentiate between chromosome mutation and gene mutation.
>Naming of each stage in the cell division.




AKTIVITI 7
-Maksud semua teras pengetahuan guru kecuali PCK (pedagogical content knowledge) 



Teras Pengatahuan Guru (Shulman)

1) Pengatahuan Isi Kandungan

Pengetahuan isi kandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi:

• Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang
  mendasarinya
• Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik
• Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan
• Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina suatu tuntutan (claims).

Pengetahuan isi kandungan juga distrukturkan kepada struktur substantive (cara fakta atau konsep disusun menjadi kerangka yang kemudiannya membantu penyiasatan) dan struktur sintaktik (cara bagaimana pengetahuan usulan atau pengetahuan substantive dihasilkan dan dibentuk).

2) Pengatahuan Pedagogi Am

• Kemahiran menerang
• Kemahiran menyoal
• Pengurusan bilik darjah

3) Pengatahuan Kurikulum

Guru perlu mengatahui apa yang hendak di ajar dan apa yang pelajar perlu belajar. Guru juga perlu tahu sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menepati standard kurikulum yang ditetapkan

4) Pengatahuan Tentang Pelajar dan Ciri Mereka

Pengetahuan tentang murid merangkumi pengetahuan umum tentang murid (latar belakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid), kesukaran pembelajaran (dikenalpasti dalam sesuatu topik, jika murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan esei maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil inisiatif untuk memberikan lebih banyak latihan esei) dan miskonsepsi ( contoh menyuruh pelajar membuat refleksi selepas kelas) yang dihadapi oleh murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang bersesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid.

5) Pengetahuan Konteks Pendidikan

Merujuk kepada pengetahuan tentang kominiti, persekitaran, sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Contohnya dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu, guru boleh menggunakan pelbagai analogi seperti keadaan dalam sebuah kilang, keadaan keluarga dalam sebuah rumah, organisasi sekolah bagi menerangkan konsep tersebut.  Ini dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan releven dengan kehidupan pelajar. Jesteru, pelajar dapat mengaplikasi apa yang mereka pelajari dalam hidupan mereka.

6)  Pengetahuan Matlamat, Tujuan, Nilai dan Falsafah Pendidikan Serta Asas Sejarah

Falsafah pendidikan berhasrat bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Jadi guru bukan sahaja perlu mengajar content untuk sesuatu mata pelajaran tetapi turut menerapkan nilai-nilai yang murni bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan. Pengatahuan sejarah dapat menimbulkan semangat patriotok dan cintakan negara. Semanagat seperti ini perlulah disemai dalam kalangan murid di sekolah. Jadi guru wajib mengatahui sejarah asas supaya dapat diteladani oleh para pelajar mereka.  
Baca Selanjutnya...